






















Sebagai Panduan dan langkah awal yang perlu diketahui untuk menempah langsir anda .
1)Kenal pasti sama ada tingkap anda sudah dipasangkan rail besi sama ada rail 1, 2 atau 3 untuk menyangkut langsir nanti (sudah ada atau tidak ada). Ukur besi sekiranya sudah mempunyai besi, dan ukur frem tingkap dengan melebihkan sedikit pada bahagian kiri dan kanan tingkap. Dapatkan UKURAN (klik) yang betul
2)Kenal pasti sama ada anda sudah mempunyai PATTEN LANGSIR (klik) yang sesuai untuk langsir anda.
3)Kenal pasti sama ada anda sudah membeli kain/material (klik) yang sesuai untuk langsir anda.
4)Jika semuanya anda sudah pasti anda boleh hubungi kami terus atau hantarkan pesanan tempahan anda di FACEBOOK kami, dengan menekan butang pesanan @ mesej dan tinggalkan tempahan anda dengan ukuran, gambar patten sekali bagi memudahkan kami mengira jumlah kain yang diperlukan untuk langsir anda.
4)Jika anda ingin berurusan dengan kami secara terus bersemuka, anda boleh mengunjungi tempat kami di sini untuk berurusan mengenai tempahan dan pihak kami juga ada menawarkan pembelian kain di mana anda
hanya menyatakan pattern,ukuran, dan warna untuk
langsir anda. Secara kesuluruhannya,anda tidak perlu
bersusah payah untuk memilih kain/material untuk langsir
anda. Semuanya diserahkan kepada kami!
5)Jika pihak kami telah menerima tempahan anda, pihak
kami akan menghubungi anda semula untuk tindakan
selanjutnya.