






















Manik bermaksud butiran kecil yang bertujuan untuk menarik perhatian ataupun sebagai perhiasan diri dan juga rumah. Manik boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga jenis manik.
Pelbagai jenis dan bentuk perhiasan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan manik. Bahan yang digunakan untuk membuat manik pula biasanya dihasilkan daripada kayu, plastik, kaca, besi dan juga batu. Namun manik berbeza dengan kristal kerana harganya yang murah berbanding kristal.
Jenis-jenis manik yang sesuai digunakan untuk hiasan rumah lazimnya, menggunakan manik-manik yang berkilat, berkilau atau telus cahaya biasanya akan membuat gubahan tampak lebih esklusif. Contohnya dalam pembuatan pasu bunga, sarung kotak tisu dan juga beg tangan. Namun demikian, tidak salah jika menggunakan hiasan seperti pasu bunga dari jenis manik biasa.
Manakala untuk perhiasan diri pula kebiasannya golongan remaja mengunakan perhiasan manik dalam rantai leher, gelang tangan mahupun untuk aksesori baju. Penggunaan manik di Sabah amat popular sejak berzaman lamanya. Bahkan telah menjadi satu tradisi yang unik bagi masyarakat etnik Sabah terutamanya etnik kadazan dusun mahupun etnik bajau. Namun demikian, penggunaan manik sebagai perhiasan kini tidak tertumpu kepada masyarakat Sabah sahaja tetapi telah menular di segenap negeri dalam Malaysia. Ianya telah menjadi satu “Trend” yang mampu memikat hati remaja mahupun masyarakat dewasa. Bukan sahaja sebagai perhiasan diri malahan manik juga dapat dijadikan sebagai perhiasan rumah.
APA ITU MANIK???

