top of page
























Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman ini. Terutama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman web Hasil Tangan Umi ini.
Laman web ini sesuai untuk semua lapisan umur terutama sekali buat kaum Hawa. Laman web Hasil Tangan Umi ini direka bagi tujuan perkongsian minat untuk golongan wanita yang berminat dalam seni kraftangan seperti aksesori wanita dan perhiasan rumah. Dalam laman web milik saya ini, kita akan menjengah beberapa seni kraft yang kreatif dan pastinya memikat hati anda semua! Malah dalam laman ini juga anda semua berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik untuk membuat kraft seperti membuat gelang kristal, kraf manik, bantal hiasan, cross stich dan langsir.
Dalam laman web ini, saya ingin berkongsi minat atau hobi yang dimiliki oleh ibu saya sendiri iaitu membuat hasil kraftangan. Walaupun kita selalu mendengar ibu-ibu di luar sana mempunyai hobi seperti memasak tetapi lain pula bagi ibu saya. Pada asalnya ibu saya mempelajari kemahiran ini hanya untuk mengisi masa lapang sahaja kerana beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Namun begitu, lama-kelamaan ianya telah menjadi minat dan hobi yang mendalam terhadap kraftangan ini. Dengan minat dan hobi ibu saya ini, maka ibu saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah sumber pendapatan keluarga kami. Antara kraftangan yang ibu saya lakukan ialah membuat beg manik, gelang kristal, cross stich, bantal hiasan, tuala hiasan, dan langsir.
Syakirah Elias
bottom of page