






















MENGUKUR
Sebelum menentukan ukuran langsir,pastikan trek pada kedudukannya supaya anda dapat ukuran panjang dan lebar yang sebenar.Kedudukan trek bergantung pada jenis tingkap-benruknya sama ada menganjur keluar dari bilik (recessed) atau tidak, ataupun jenis bay window.
1-Mengira ukuran labuh langsir.Apabila trek telah berada pada kedudukannya, tentukan ukuran labuh langsir. Selalunya langsir paling cantik apabila ia mencecah lantai atau pun ambang jendela,labuhnya juga boleh berada diantara ambang jendela dan lantai. Tetapi semak dahulu nisbah langsir dengan ketinggian siling kerana jika anda tersilap ia akan kelihatan hodoh.Untuk mewujudkan suasana mewah anda boleh memotong langsir lebih labuh supaya sebahagian kainnya mencecah lantai. Ukur dari trek hingga labuh yang dipilih, menggunakan pembaris logam yang boleh dipanjangkan, seperti pengukur tukang membuat rumah.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL UKURAN LANGSIR?
Ukur lebar tingkap dari kiri ke kanan/kanan ke kiri dan catat. Jika tingkap sudah dipasang dengan rail besi, ambil daja ukuran lebar rail tersebut.
Ukur tinggi/labuh tingkap yang anda mahukan. Ukuran labuh.tinggi tingkap diambil bermula dari atas besi rail/ bagi tingkap yang belum dipasang rail, ukuran diangkat sebanyak 4inci selepas gigi frem tingkap, kemudian bermula dari ukuran yang diangkat tadi ditarik pita tape hingga ke bawah sebagaimana yang anda kehendaki.
Ukuran dicatat seperti L78 inci x T103 inci
Jangan lupa mencatat berapa bilangan tingkap yang ada, dan saiz yang serupa. Seelok-eloknya ukuran dicatat satu demi satu bagi mengelakkan kekeliruan.
Senarai ukuran bolehlah di emel-kan kepada kami di purplegalz91@gmail.com atau boleh SMS di talian 013-2383746
Perhatian untuk pelanggan yang di sekitar kawasan Selangor yang meliputi Sabak Bernam, Sungai Besar, Teluk Intan, Sekinchan, cuma hubungi kami terus, kami sendiri yang akan ke tempat anda untuk membuat pengukuran.