






















BAHAN-BAHAN


PLIER.
Terdapat 3 jenis plier yang digunakan dalam pembuatan gelang kristal iaitu round/long-nose, chain/flat nose dan cutter.
Kesemua plier tersebut digunakan untuk fungsi yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.


KRISTAL
Kristal merupakan bahan yang sangat penting dalam pembuatan gelang kristal. Terdapat pelbagai jenis kristal yang boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia. Untuk gelang kristal yang dihasilkan oleh umi, kedai yang menjual kristal yang berdekatan dengan kediaman kami iaitu di Teluk Intan iaitu berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan.


TANGSI
Tangsi digunakan untuk menyambungkan kristal-kristal tersebut menjadi satu gelang.
Selain tangsi, dawai suasa juga boleh digunakan sebagai pengganti bagi tangsi untuk menghasilkan gelang kristal suasa. Dawai suasa ini kelihatan seperti emas.

PENGIKAT
Pengikat ini digunakan untuk mengikat gelang kristal. Ia boleh didapati dalam pembagai jenis seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.